Facebook sehingga kini telah hanya menawarkan butang Like sahaja pada setiap perkongsian yang dilakukan pada laman sosial berkenaan. Mark Zuckerberg sebelum ini telah mengatakan mereka dalam persiapan untuk memudahkan pengguna memperlihatkan reaksi, dan kini ia dilihat akan diperlihatkan dalam beberapa pilihan emoji dibawah status.
Butang tersebut diposisikan pada bahagian Like sedia ada, dimana apabila menekannya, pengguna akan dipaparkan dengan pilihan emoji “Like”, “Love”, “Haha”, “Yay”, “Wow”, “Sad” dan “Angry”. Perkara ini dikatakan memudahkan lagi rakan-rakan untuk mengekspresikan reaksi dan emosi mereka berkaitan sesuatu status.
Facebook akan menguji fungsi ini dikalangan pengguna Facebook di Sepanyol dan Ireland terlebih dahulu, sebelum ia ditambah-baik dan diperkenalkan kepada pengguna seluruh dunia.
Disamping memudahkan penyampaian reaksi, Facebook juga dilihat mengatakan ini akan memudahkan lagi pengguna memberikan maklumbalas – terutamanya pada peranti mudah-alih yang menyukarkan mereka untuk menaip.
Bagi anda, apakah pendapat anda berkenaan pengenalan emoji reaksi ini di Facebook?
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Akan Memulakan Ujian Untuk Emoji Reaksi – Disamping Butang Like"