Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Belanjawan 2016 : RM100 Juta Diperuntukkan Untuk Program eRezeki Dan eUsahawan

Disamping berkaitan telekomunikasi, kerajaan turut mengumumkan beberapa imbuhan dan pelaburan untuk usahawan tempatan, dan salah satunya adalah dana sebanyak RM100 juta yang diperuntukkan dibawah KKMM untuk program eRezeki dan juga eUsahawan.

eRezeki

Kerajaan mengatakan program ini akan memberikan manfaat kepada lebih kurang 100,000 golongan B4 – iaitu kira-kira 11.7 juta warganegara tempatan dengan pendapatan isi rumah dibawah RM3,050 sebulan.

Program eRezeki telah diperkenalkan pada tahun ini oleh MDeC, dimana membolehkan pengguna menjana pendapatan tambahan dengan membuat beberapa tugasan atas-talian. Walaupun ia kedengaran agak menarik, namun, ramai pengguna tempatan yang memberikan maklumbalas agak negatif berkaitan dengannya – termasuk sistem yang kurang mesra pengguna, disamping kesukaran mendapat tugasan untuk pengguna menjana pendapatan.

Mungkin dengan suntikan dana tambahan ini, kami berharap pihak MDeC dan yang berkaitan dapat menambah-baik program ini, dan tidak menjadikan suntikan tambahan yang disediakan Perdana Menteri ini menjadi sia-sia sahaja.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Belanjawan 2016 : RM100 Juta Diperuntukkan Untuk Program eRezeki Dan eUsahawan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info