Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Bateri Rokok Elektronik/Vapor Harus Ditanggalkan Sebelum Memasuki Pesawat

Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) hari ini mengeluarkan peraturan baru yang mengarahkan bateri rokok elektronik ataupun lebih popular dengan panggilan vapor ditanggalkan sebelum memasuki pesawat. Arahan yang berkuatkuasa serta merta ini adalah tindakan drastik selepas insiden sebuah rokok elektronik terbakar secara tiba-tiba di dalam kabin sebuah pesawat Malindo Air sabtu yang lalu. Di dalam kejadian tersebut seorang penumpang melecur pada bahagian tangan dan peha selepas rokok elektronik yang diletakkan di atas pangku beliau terbakar di dalam pesawat. Pesawat berjaya mendarat dengan selamat selepas kebakaran berjaya dikawal oleh krew.

Vape Vapor 1

Selain arahan menanggalkan bateri rokok elektronik, penumpang juga kini diharamkan dari mengecas bateri rokok elektronik mereka di dalam pesawat. Sebelum ini penumpang dibenarkan membawa masuk rokok elektronik dan hanya diharamkan menyimpannya di dalam beg yang disimpan di dalam ruangan kargo. Jadi kepada penghisap rokok elektronik, diharap anda peka dengan peraturan baru ini bagi menjamin keselamatan anda dan penumpang pesawat yang lain.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Bateri Rokok Elektronik/Vapor Harus Ditanggalkan Sebelum Memasuki Pesawat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info