Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple TV Sedia Ditempah Bermula RM729 – Hadir Dengan Sokongan Siri Dan AppStore

Hari ini, Apple telah mula menyenaraikan produk terbaru mereka, iaitu Apple TV pada Apple Online Store, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan untuk membuat tempahan dan membelinya. Dua variasi ditawarkan Apple, iaitu Apple TV 32GB pada harga RM729, dan versi 64GB pula berharga RM949.

Apple TV 2015

Apple TV baru ini membawakan rekaan lebih kurang seperti sebelumnya, dan memerlukan pengguna menghubungkan set ini ke kaca televisyen melalui HDMI sebelum dapat menggunakannya.

Melalui versi terkini ini, Apple TV kini hadir dengan sokongan Siri – dimana pengguna boleh membuat carian menggunakan input suara melaluinya. Disamping itu, integrasi AppStore turut disediakan untuk memudahkan pengguna memuat-turun kandungan tambahan untuk dimainkan melaluinya.

Alat kawalan Apple TV juga turut dikemaskini, dimana ia menyertakan butang khusus untuk Siri, disamping touchpad untuk memudahkan kawalan.

Bagi anda yang berminat, boleh membuat tempahan Apple TV bermula hari ini. Ia akan mula dihantar kepada pengguna bermula 1 November ini.

Apple TV Baru



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple TV Sedia Ditempah Bermula RM729 – Hadir Dengan Sokongan Siri Dan AppStore"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info