Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Menguji Pembayaran Melalui Bil Telekomunikasi Untuk Pembelian iTunes

Apple iTunes merupakan salah satu kedai aplikasi dan kandungan yang popular, dan digunakan secara meluas oleh pengguna iOS, Mac, malah pengguna Windows yang membuat pembelian lagu dan sebagainya.

iTunes Gift CardPada iTunes, Apple menawarkan kebolehan untuk membeli buku digital, lagu, aplikasi, langganan majalah, dan pelbagai perkara lain. Sehingga kini, Apple menggunakan maklumat kad kredit untuk tujuan tersebut, tetapi kini mereka menguji bentuk baru bayaran – iaitu melalui bil telekomunikasi atau kredit prabayar.

Fungsi seumpamanya sedia digunakan oleh beberapa platform lain, memudahkan pengguna untuk membuat pembelian – terutamanya untuk mereka yang tidak mempunyai akaun kad kredit atau debit. Mereka hanya perlu membeli prabyar, dan membuat pembelian – atau pembelian berkenaan akan hadir pada bil telekomunikasi pascabayar.

Buat masa ini, Apple mengujinya di Jerman sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan diperluaskan kepada negara-negara lain.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Menguji Pembayaran Melalui Bil Telekomunikasi Untuk Pembelian iTunes"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info