Musim cuti sekolah bakal kunjung tiba tidak lama lagi. Kini masanya untuk anda menghabiskan baki cuti bekerja sambil membawa anak-anak ataupun saudara mara serta sahabat handai bercuti. Bagi anda yang ingin terbang baik didalam dan luar negara, terdapat cara untuk menyenaraikan kesemua tambang penerbangan dengan mudah melalui Skyscanner.
Jika selalunya anda mencari informasi berkenaan tambang kapal terbang di halaman rasmi syarikat penerbangan, Skyscanner berfungsi untuk memudahkan proses pencarian ini. Hanya dengan memasukkan pilihan terminal berlepas dan destinasi, kesemua tambang dari syarikat penerbangan akan dipaparkan. Skyscanner juga menyenaraikan tambang yang ditawarkan oleh perkhidmatan lain seperti contoh Expedia, TravelBE, dan juga PYO Travel. Pengguna juga boleh memilih waktu berlepas, tempoh keseluruhan penerbangan dan sebagainya. Kami juga telah menggunakan aplikasi ini untuk mencari tambang termurah ke Mobile World Congress di Barcelona dan Shanghai, dan juga ke Indonesia. Penerbangan antara negeri juga turut disertakan menerusi perkhidmatan ini.
Dalam perkongsian dengan media tempatan, Skyscanner turut menyatakan rakyat tempatan merupakan antara pengguna terawal yang merancang perjalanan mereka. Berbanding dengan negara lain, pengguna Malaysia yang menggunakan Skyscanner kebiasannya merancang 79 hari lebih awal sebelum hari mereka bertolak. Mungkin perkara ini ada kaitan dengan lambakan cuti umum untuk pekerja dan juga budaya membeli tiket kapal terbang lebih murah jika pengguna membeli tiket lebih awal sebelum berlepas.
Baru-baru ini Skyscanner telah mengemaskini aplikasi mudah-alih mereka membawakan paparan antaramuka yang lebih kemas dan baik. Malah terdapat beberapa fungsi membolehkan anda mengikuti kemaskini harga oleh syarikat penerbangan antaranya Price Alerts. Selain dari tambang penerbangan, mereka juga turut mempunyai perkhidmatan pencarian hotel dan juga kereta sewa.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi SkyScanner Dikemaskini – Memudahkan Anda Mencari Tambang Penerbangan Termurah Ke Seluruh Dunia"