Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Altwork Station – Kerusi Yang Membolehkan Anda Berbaring Sambil Bekerja

Manusia moden tidak seperti manusia zaman dahulu menghabiskan hidup seharian dengan duduk di depan meja kerja. Ini adalah antara sebab mengapa manusia moden lebih gemuk, kurang sihat dan mengalami masalah tulang belakang apabila sudah berusia. Hidup bekerja makan gaji dan bekerja lebih lapan jam sehari bukanlah aktiviti yang sihat. Tidak hairanlah kini semakin banyak meja kerja rekaan alternatif dihasilkan bagi mengurangkan waktu duduk manusia.

Altwork-Station-2

Altwork Station ialah kombinasi meja dan kerusi kerja yang unik. Ia membenarkan anda bekerja secara berbaring sekiranya anda mahu. Berat tubuh kini tidak ditampung sepenuhnya oleh punggung selama berjam-berjam sehingga mengakibatkan sakit pinggang. Altwork Station mempunyai cagak yang boleh menampung dua buah monitor komputer serentak dengan berat maksimum 16 kilogram. Berat maksimum individu yang boleh menggunakannya pula ialah 95 kilogram. Harga jualan kerusi dan meja berbaring ini ialah $5900 (Rm 25000) sebuah.

Altwork-Station-1



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Altwork Station – Kerusi Yang Membolehkan Anda Berbaring Sambil Bekerja"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info