Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Acer Jade Primo Akan Mula Dijual Disember – Harga Sekitar RM 1733

Acer Jade Primo ialah peranti Windows 10 Mobile yang dilengkapi fungsi Continuum. Kami sempat bermain dengan peranti utama Acer ini ketika di Taipei beberapa minggu yang lalu. Pihak Acer pada waktu tersebut enggan memberikan kami spesifikasi penuh peranti ini. AcerJade Primo baru sahaja dilancarkan di Filipina dan spesifikasinya kini diketahui. Ia mempunyai skrin 5.5 AMOLED FHD, diperkasakan pemproses Snapdragon 808, RAM sebesar 3 Gigabyte dan muata dalaman 32 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 21 Megapixel dan kamera hadapan 8 Megapixel. Harga jualan pula ialah PHP 18990 (RM1733).Harga jualan peranti adalah agak murah kerana ia termasuk harga dok Continuum, papan kekunci dan tetikus. Ia akan mula dijual di Filipina Disember ini.

Acer-Jade-Primo-Price

 

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Acer Jade Primo Akan Mula Dijual Disember – Harga Sekitar RM 1733"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info