Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Wacom Bamboo Spark – Pena Pintar Menyimpan Lakaran Pen Terus Ke Dalam Peranti

Melakar menggunakan stylus kini semakin popular dan menggantikan penggunaan pena dan kertas. Terdapat ramai pelukis komik ternama seperti Dave Gibbons (Watchmen) dan Whilce Portacio (X-Factor) yang kini menghasilkan komik 100% digital. Melukis secara digital menjimatkan masa dan juga mesra alam sekitar. Sungguhpun begitu ia memerlukan akan belajar semua untuk melukis kerana perasaan melukis di atas tablet seperti Wacom Intuous tidak sama seperti melukis di atas kertas.

Wacom-Bamboo-Spark-1

Kini Wacom menghasilkan Bamboo Spark yang membenarkan anda melukis di atas kertas biasa tetapi kesemua lakaran ini akan disimpan ke dalam peranti pintar. Bamboo Spark terdiri daripada Bamboo Pen dan pad melukis. Pad melukis ini mengesan kedudukan mata pen sepanjang masa dan pergerakan ini disimpan sebagai lakaran digital serta merta. Bamboo Pen yang disertakan mempunyai 1024 tahap keperincian setanding dengan stylus sebuah Galaxy Note 3. Ini bukan sistem analog ke digital pertama dihasilkan Wacom. Sebelum ini mereka ada menghasilkan Inkling yang boleh dipasang pada bahagian atas buku lakaran. Perbezaan di antara Inkling dan Bamboo Spark ialah kepekaan yang lebih tinggi menghasilkan salinan digital yang lebih tepat. Bamboo Spark turut mempunyai pemegang iPad Mini terbina yang memberikannya fungsi kedua sebagai cangkerang tablet. Buat masa ini Bamboo Spark hanya menyokong peranti Android dan iOS. Bila ia akan memasuki pasaran serta harga jualan masih belum diumumkan setakat ini.

Wacom-Bamboo-Spark-2

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Wacom Bamboo Spark – Pena Pintar Menyimpan Lakaran Pen Terus Ke Dalam Peranti"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info