Sistem sayap berlipat sebelum ini digunakan oleh pesawat tentera yang beroperasi di atas geladak kapal pengangkut kapal terbang. Sayap dilipat bagi menjimatkan ruang sekaligus menambahkan jumlah pesawat perang yang boleh di bawa. Boeing 777-9X ialah pesawat penerbangan komersial pertama yang akan mempunyai sistem sayap berlipat. Hujung sayap pesawat ini boleh dilipat bagi memudahkannya menggunakan kemudahan lapangan terbang seluruh dunia. Sistem ini sedang diuji oleh Boeing bagi melihat tahap keselamatannya.
Lebar sayap 777-9X ialah 71.9 meter. Sayap yang lebar ini mengurangkan penggunaan minyak sehingga 10%. Ini membolehkan ia terbang lebih jauh dengan kos operasi lebih rendah berbanding Boeing 777 yang digunakan sekarang. Apabila mendarat hujung sayap dilipat ke atas bagi mengurangkan lebar sayap sebanyak 6 meter. Tiada anjung pendaratan khas diperlukan bagi menurunkan penumpang. Ini berbeza dengan Airbus A380 yang mempunyai sayap selebar 79.8 meter. Pesawat adi-Jumbo ini memerlukan anjung pendaratan yang lebih lebar dibina khas untuk kegunaannya seperti yang boleh dilihat di KLIA. Boeing 777-9X masih dalam proses pembinaan dan dijangka melakukan penerbangan pertama pada tahun 2018. Apabila ia mula beroperasi ia akan menjadi pesawat dua enjin terbesar di dunia dengan sayap paling lebar pernah dibina oleh Boeing.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sistem Sayap Berlipat Sedang Diuji Untuk Boeing 777-9X"