Samsung sebelum ini telah menawarkan peranti realiti-maya mereka tersendiri dinamakan Gear VR, tetapi harga jualannya agak tinggi untuk versi-versi sebelum ini. Kini, Samsung mengenal-pasti perkara berkenaan, dan mereka bersama-sama Oculus mengumumkan versi baru Gear VR yang membawaka harga jualan lebih rendah.
Gear VR baru ini dikatakan boleh digunakan bersama-sama pelbagai peranti Samsung pada tahun 2015 ini – termasuk Galaxy S6, Galaxy Note 5 dan juga Galaxy S6 Edge. Gear VR menggunakan kelebihan skrin Super AMOLED pada telefon pintar dalam membolehkan pengguna mengalami dan menikmati pengalaman realiti-maya yang baik.
Gear VR baru ini dikatakan lebih murah dan disasarkan kepada pengguna umum secara meluas – berbanding dengan Gear VR Innovator Editiion sebelum ini. Samsung mengatakan mereka telah menambah-baik sokongan touchpad pada peranti ini dalam menawarkan kawalan yang baik menggunakannya.
Samsung Gear VR baru ini akan dijual menyasarkan kepada pengguna pada harga $99 (~RM435). Ia akan mula dijual di Amerika Syarikat terlebih dahulu.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Memperkenalkan Gear VR Edisi Pengguna – Menyokong Pelbagai Peranti Galaxy 2015, Pada Harga Lebih Rendah"