Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Melancarkan Galaxy Note 5 Dan Galaxy S6 Edge+ Di Malaysia

Samsung Malaysia hari ini secara rasminya telah melancarkan dua telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, dan akan mula dijual bermula esok. Beberapa promosi khusus turut disediakan oleh Samsung untuk pelancaran peranti ini, termasuk penawaran diskaun sehingga 50% untuk belian peranti kedua esok.

Galaxy Note 5

Galaxy Note 5 hadir dengan skrin bersaiz 5.7-inci, dilengkapi cip pemprosesan Exynos, dan menggunakan memori 4GB RAM. Galaxy Note 5 turut menggunakan kamera belakang 16-megapixel yang turut hadir dengan sokongan OIS serta penstabilan digital untuk rakaman video. Menjadi fokus utama untuk pelancaran telefon pintar ini adalah penggunaan S-Pen, yang mana kini boleh dikeluarkan dengan menekan, dan bukannya perlu dicungkil keluar seperti sebelum ini.

Samsung Galaxy Note 5

Galaxy S6 Edge+ pula merupakan telefon pintar dengan saiz dan juga spesifikasi sama, tetapi membezakannya adalah penggunaan dwi-skrin melengkung pada bahagian tepi.

Galaxy Note 5 ditawarkan di Malaysia pada harga RM2699, sementara Galaxy S6 Edge+ pula berharga Rm3099. Kedua-duanya boleh dibeli daripada para pengedar rasmi Samsung seluruh negara bermula esok – 4 September. Beberapa syarikat telekomunikasi juga akan menawarkan ia bersama-sama dengan pakej telekomunikasi mereka untuk pasaran tempatan.

Sedang dikemaskini…



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Samsung Melancarkan Galaxy Note 5 Dan Galaxy S6 Edge+ Di Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info