Pengguna PlayStation 4 setakat ini boleh melakukan penstriman video menggunakan Twitch ataupun Ustream. Kemas kini perisian PS4 yang akan datang bakal memberikan pilihan melakukan penstriman terus menerusi Youtube Gaming. Selain daripada itu kepada pengguna Twitter, PS4 juga akan memberikan kemampuan memuat naik video sepanjang 10 saat ke media sosial ini. Video yang panjang boleh disunting menerusi program terbina PlayStation. Fungsi lain yang bakal diperkenalkan ialah penggunaan sticker di dalam aplikasi pemesejen PlayStation. Ini mengikut trend popular aplikasi pemesejan seperti Line, Facebook Messenger dan WhatsApp.
Kepada yang gemar bermain di atas talian, fungsi mengumpulkan kawan-kawan paling rapat anda di dalam kumpulan sendiri turut akan disokong. Dengan ini mencari kawan atas talian adalah lebih mudah daripada sebelumnya. Sistem Playstation 4 versi 3.0 kini di dalam peringkat Beta dan hanya boleh dimuat turun oleh peserta program beta Sony. Kesemua fungsi di atas akan dicuba untuk melihat kebolehgunaannya dan pihak Sony tidak menjanjikan ia akan wujud apabila kemas kini 3.0 diterima oleh kesemua pengguna kelak.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Perisian Playstation Versi 3.0 Bakal Menyokong Youtube Gaming & Perkongsian Video Di Twitter"