Mozilla sebelum ini telah mengatakan bakal menawarkan Firefox untuk pengguna peranti iPhone dan juga iPad. Hari ini, perkara tersebut direalisasikan dengan pengenalan Public Preview – penawaran seumpama beta terbuka untuk iOS. Namun, ia hanya ditawarkan untuk pengguna di New Zealand sahaja buat masa ini.
Mozilla mengatakan buat masa ini mereka lebih memfokuskan untuk mendapatkan maklumbalas ramai berkenaan dengan pelayar web untuk iOS ini. Lanjutan daripada pelbagai maklumbalas yang dikumpulkan ini, Mozilla akan menawarkannya secara umum tidak lama lagi.
Melalui Firefox untuk iOS ini, ia menyertakan beberapa ciri-ciri khusus, termasuk Intelligent Search yang mencadangkan kata kunci ketika anda menaip, serta integrasi akaun Firefox untuk membolehkan anda sync data daripada pelayar web desktop ke peranti mudah-alih.
Mozilla tidak mengumumkan bilakah ia akan ditawarkan secara global. Mungkin kita boleh menyasarkan untuk melihatnya dilancarkan secara rasmi pada tahun ini.
Layari : Firefox untuk iOS[/download]Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mozilla Memperkenalkan Firefox Untuk iOS Dalam Bentuk Preview – Terhad Untuk Pengguna New Zealand Buat Masa Ini"