Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Menamatkan Sokongan Untuk Beberapa Aplikasi Berkaitan Kamera Pada Windows Phone

Pada peranti WIndows Phone 8.1, pihak Microsoft telah menawarkan beberapa aplikasi khusus untuk Lumia memfokuskan kepada rakman gambar dan penyuntingan gambar. Antara yang diperkenalkan ketika itu adalah termasuk Lumia Refocus, Storyteller, Photobeamer, dan juga Beamer.

MWC2015- Lumia 640 XL -IMG_0132

Terkini, dengan usaha pihak untuk menjadikan sistem operasi Windows selari pada pelbagai saiz peranti, pihak Microsoft hari ini mengumumkan akan menamatkan sejumlah aplikasi memfokuskan kamera tersebut bermula 30 Oktober kelak.

Lumia Storyteller, Lumia Beamer, Photobeamer, dan juga Lumia Refocus tidak lagi akan mempunyai akses untuk perkhidmatan online selepas 30 Oktober kelak. Lumia Panorama dan Video Uploader pula akan terus boleh digunakan pengguna, tetapi tiada sebarang kemaskini akan ditawarkan selepas tarikh tersebut.

Microsoft akan menawarkan aplikasi kamera dan galeri yang mengintegrasikan pelbagai fungsi melalui kemaskini Windows 10 Mobile akan datang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Microsoft Menamatkan Sokongan Untuk Beberapa Aplikasi Berkaitan Kamera Pada Windows Phone"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info