Electronic Arts telah sedia menawarkan beberapa teaser untuk permainan lumba kereta jalanan yang akan datang daripada mereka, iaitu Need for Speed. Kini, dalam usaha mendapatkan maklumbalas awal daripada pengguna, Electronic Arts telah membuka pendaftaran beta tertutup untuk permainan berkenaan, sebelum ia dilancarkan secara rasmi pada bulan November 2015 kelak.
Untuk fasa ujian beta tertutup ini, EA hanya membukanya untuk pengguna PlayStation 4 dan juga Xbox One sahaja. Namun, versi akhir permainan berkenaan bakal turut ditawarkan untuk pengguna PC.
Need For Speed baru ini bakal membawakan bentuk permainan lumba jalanan, yang turut dilengkapi aksi kejar-mengejar dengan pihak polis, selain turut membawakan pelbagai jenis kereta baru melaluinya.
Bagi anda yang menggunakan PlayStation 4 atau Xbox One, anda mungkin boleh mendaftarkan minat untuk mencuba permainan Need for Speed baru ini dalam bentuk beta tertutup – sebelum ia dilancarkan secara rasminya pada bulan November kelak.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Menantikan Need For Speed? Kini Anda Boleh Mendaftar Untuk Beta Tertutup NFS Untuk PS4 Dan Xbox One"