Minggu lalu kerentanan sistem kata laluan Android Vanilla ditemui yang membolehkan ianya dipintas oleh pihak tidak bertanggungjawab. Masalah ini masih belum diselesaikan oleh pihak Google setakat ini. Hari ini tiba giliran peranti iOS pula dilanda masalah yang sama. Sistem kata laluan untuk mengunci skrin peranti iOS 9 dan 9.0.1 boleh dipintas. Namun tidak seperti masalah yang ditemui pada Android, akses hanya terhad kepada aplikasi pemesejan, buku nombor telefon dan galeri gambar. Melalui video di atas skrin kekunci berjaya dipintas dengan mengeksploitasikan kelemahan pada sistem Siri.
Berita baik di sini ialah masalah ini boleh diselesaikan dengan tidak mengaktifkan fungsi siri pada skrin kekunci peranti anda untuk seketika.Ini dilakukan dengan memasuki Settings dan kemudian memilih “Touch ID & Passcode”. Kemudian tatal sehingga anda menemui “Allow access when locked” dan menyahatifkan Siri dari pilihan yang diberikan. Apple sudahpun diumumkan mengenai kerentanan ini tetapi mereka masih belum memberikan kenyataan rasmi.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kerentanan Membolehkan Sistem Kata Laluan Peranti iOS9 Dipintas"