Tidak seperti pengeluar lain Apple tidak memberitahu kelajuan pemproses, jumlah terasnya serta saiz RAM yang digunakan pada peranti keluaran mereka. Ia hanya akan diketahui selepas peranti dibuka oleh laman seperti iFixit. Sehari selepas ia dilancarkan, spesifikasi penuh pemproses A9 yang memperkasakan iPhone 6S dan 6S Plus akhirnya diketahui. Menurut , pemproses ini mempunyai kelajuan 1.85 GHz dua teras. Ini adalah peningkatan dari 1.4 GHz dua teras pada Apple A8.
Sungguhpun begitu apabila ujian penanda aras dilakukan, Apple A9 dengan mudah mencatatkan markah lebih tinggi dari kebanyakan peranti Android. Satu-satunya peranti Android yang berjaya mengalahkan markah yang dicatatkan Apple A9 ialah Samsung Galaxy S6. Itupun hanya dengan satu markah sahaja. Jadi di dalam kes peranti Apple kelajuan dan jumlah teras bukanlah segala-galanya. Penggunaan kuasa dan pengoptimasian lebih bijak akan menjamin peranti berfungsi dengan lebih pantas.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kelajuan Dan Jumlah Teras Pemproses iPhone 6S & 6S Plus Kini Diketahui"