Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Ingin Mengajar Anda Mengenai Pemasaran Dengan Pantas Dan Ringkas

Google merupakan salah satu syarikat yang memfokuskan kepada pemasaran, malah pendapatan utama mereka adalah melalui pemasaran menggunakan AdWords. Menjadi tugas mereka juga adalah untuk mendidik ramai mengenai pemasaran, dan untuknya, kini mereka menyediakan sebuah aplikasi khusus dinamakan sebagai Primer by Google.

Primer by Google

Menggunakan aplikasi ini, Google ingin memudahkan anda mempelajari kemahiran berkaitan pemasaran dengan pantas dan mudah. Setiap skill baru berkaitan pemasaran disampaikan dalam bentuk yang ringkas dan padat – dimana boleh dipelajari sesiapa dalam masa lebih kurang lima minit.

Google turut mengatakan mereka menawarkan didikan baru setiap minggu, membolehkan anda sering mengikuti dan mendapatkan skill baru dalam arena pemasaran.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Primer by Google ini untuk Android dan juga iOS.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Google Ingin Mengajar Anda Mengenai Pemasaran Dengan Pantas Dan Ringkas"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info