Beberapa tahun yang lalu kami ada terbaca cerita sebuah telefon Nokia Lumia 800 ditemui semula selepas jatuh ke dalam laut. Walaupun lebih tiga bulan tenggelam di dalam air masin, telefon bimbit tersebut masih boleh digunakan selepas ianya dikeringkan. Cerita seperti ini mengukuhkan legenda Nokia sebagai pengeluar peranti yang berpantang maut sebelum ajal. Tambah menakjubkan Lumia 800 tidak direka dengan ketahanan kalis air seperti Xperia Z5 misalnya.
Peranti jatuh dan tenggelam ialah antara perkara anda tidak mahu berlaku. Oleh itu beg kalis air yang diikat pada leher semakin kerap kami lihat digunakan ketika bercuti di kawasan pulau. Comet ialah peranti pintar Android yang pertama direka untuk terapung apabila jatuh ke dalam air. Bahagian dalam peranti dilengkapi ruang yang dipenuhi gas hidrogen. Ini membuatkan peranti terapung dengan mudah apabila terjatuh. Spesifikasi Comet ialah skrin 4.7″ AMOLED HD, pemproses Snapdragon 810, RAM 4GB, muatan dalaman 32/64 GB dan kamera 16 Megapixel depan serta belakang. Harga jualan pula bermula dari $249 (RM 1063) sebuah. Peranti ini masih di dalam fasa prototaip dan sedang cuba mengumpulkan dana untuk penghasilan secara komersial.
Adakah fungsi peranti boleh terapung diperlukan oleh anda? Sekiranya tidak apakah fungsi yang anda perlukan pada peranti anda tetapi masih belum wujud pada peranti pintar kegemaran anda?
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Comet – Peranti Pintar Pertama Mampu Terapung Di Permukaan Air"