Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Celcom Melancarkan Aplikasi Komunikasi Dengan Sokongan Sekuriti Tinggi – Zipit Chat

Terdapat beberapa perkhidmatan permesejan di pasaran hari ini, dan pihak Celcom tidak mahu ketinggalan dan telah pun melancarkan salah satu aplikasi permesejan baru mereka dinamakan Zipit Chat. Melalui aplikasi ini, pihak Celcom dilihat lebih menekankan kepada sekuriti, dimana ia dilindungi dengan penyulitan AES256.

Celcom Zipit Chat

Jika anda masih ingat, beberapa minggu yang lepas, sebuah pertandingan telah diadakan untuk membaca sebuah mesej yang telah disulitkan menggunakan kaedah AES256, dan menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM100,000. Pertandingan tersebut telah dianjurkan oleh Celcom, dan sehingga kini tiada sebarang pihak yang berjaya didalamnya.

Untuk menggunakan perkhidmatan permesejan ini, seperti biasa pengguna perlu mendaftarkan diri menggunakan nombor telefon mereka, dan sebuah PIN khusus akan dihantar untuk tujuan pengaktifan. Anda juga seterusnya boleh membuat pendaftaran untuk nama pengguna selepas itu.

Menggunakan aplikasi Zipit Chat ini, selain menggunakannya untuk menghantar mesej, anda juga turut boleh menggunakannya dalam menghantar dan menerima SMS, serta emel yang dilindungi dengan sekuriti supaya tidak dibaca oleh pihak lain.

Celcom Zipit Chat

Pengguna turut boleh menetapkan had masa untuk sesuatu mesej, dimana ia akan dipadamkan secara automatik selepas tempoh tersebut.

Fungsi menyimpan nota dinamakan Secure Notes turut disediakan, membolehkan anda menyimpan nota didalam telefon tanpa risau ia diceroboh pihak lain.

Zipit Chat ini ditawarkan untuk pengguna Android bermula hari ini, dan akan hadir ke iPhone pada bulan hadapan. Zipit Chat ini ditawarkan dengan langganan sebanyak RM10 sebulan, dan pengguna boleh membuat ujian percubaan untuknya selama 60 hari.

Layari : Zipit Chat


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Celcom Melancarkan Aplikasi Komunikasi Dengan Sokongan Sekuriti Tinggi – Zipit Chat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info