Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Batman Arkham Knight PC Akan Boleh Dimuat Turun Dalam Masa Beberapa Minggu Lagi

Masalah yang melanda permainan Batman Arkham Knight versi PC memang diketahui ramai. Ianya tidak dioptimasikan dengan baik sehingga PC dengan kad grafik terbaik di pasaran turut gagal memainkannya dengan lancar. Akibatnya ribuan pembeli memulangkan semula permainan yang dibeli oleh mereka melalui Steam. Malu dengan apa yang berlaku, WB Games melakukan langkah drastik menarik penjualan Arkham Knight PC sejak Jun lalu.

Batman-Arkham-City

Laporan terkini menyatakan Batman Arkham Knight akan mula dijual semula dalam masa beberapa minggu dari sekarang. Ini adalah kerana patch yang dihasilkan oleh pihak pembangunan berjaya menyelesaikan masalah kelancaran permainan yang kronik sebelum ini. Jadi kepada ahli bangsa terpilih PC anda akhirnya dapat menikmati permainan terakhir di dalam siri trilogi Arkham studio Rocksteady.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Batman Arkham Knight PC Akan Boleh Dimuat Turun Dalam Masa Beberapa Minggu Lagi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info