Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Melancarkan OS X El Capitan Dengan Pelbagai Fungsi Baru Untuk Pengguna Mac

Apple hari ini secara rasminya telah pun melancarkan sistem operasi versi terbaru mereka kepada para pengguna Mac, dinamakan sebagai OS X El Capitan. Seperti sebelum ini, kemaskini ini ditawarkan secara percuma, dan boleh dimuat-turun bermula daripada hari ini oleh semua pengguna.

OS X El Capitan

OS X El Capitan yang menggunakan angka versi 10.11 ini boleh digunakan pada semua Mac sedia ada yang menjalankan OS X Yosemite. Pihak Apple menyertakan beberapa fungsi baru padanya, dan antaranya adalah kemaskini pada Spotlight Search, kemaskini pada aplikasi Notes dan Mail, pelayar web Safari versi terbaru, serta sokongan Split View yang membolehkan paparan dua aplikasi secara bersebelahan.

OS X El Capitan juga turut memfokuskan kepada penambah-baikkan dari segi pemprosesan, bersama-sama pelbagai pengoptimasian sistem operasi.

Bagi pengguna Mac, anda boleh memuat-turun dan memulakan proses kemaskini OS X El Capitan bermula daripada hari ini.

Muat-Turun OS X El Capitan


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Melancarkan OS X El Capitan Dengan Pelbagai Fungsi Baru Untuk Pengguna Mac"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info