Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Dilaporkan Mempercepatkan Pembangunan Kenderaan Elektrik Mereka – Mungkin Hadir Seawal 2019

Sejak beberapa bulan yang lepas, ia telah diperkatakan Apple sedang dalam proses membangunkan kenderaan elektrik mereka. Apple bukan keseorangan, dimana sejumlah syarikat lain turut sedang membangunkan kenderaan elektrik automatik mereka tersendiri, malah ada yang telah memulakan fasa ujian untuk kenderaan seumpamanya.

Apple dikatakan memanggilnya sebagai projek “Titan”, dan telah membangunkan projek berkenaan sejak beberapa tahun lepas. Apple dikatakan sedang menggandakan pasukan untuk projek ini dalam usaha untuk mempercepatkan pengenalan kenderaan mereka untuk pasaran.

Jika semuanya berjalan lancar, Apple mungkin memperkenalkan kenderaan elektrik mereka seawal tahun 2019. Namun, versi pertama kenderaan mereka dikatakan tidak akan menyertakan sokongan pemanduan automatik – salah satu perkara yang menjadi fokus ramai pengeluar kenderaan termasuk Google.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Apple Dilaporkan Mempercepatkan Pembangunan Kenderaan Elektrik Mereka – Mungkin Hadir Seawal 2019"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info