Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Alcatel Flash 2 Dilancarkan Secara Rasmi – Mula Dijual Di Malaysia 15 Oktober

Peranti Alcatel Flash 2 dilancarkan secara rasmi hari ini dan ianya sebuah lagi peranti Android 5.1 yang mengutamakan kemampuan fotografi. Peranti ini mempunyai skrin 5″ IPS LCD HD, diperkasakan pemproses lapan teras MTK6753, RAM sebesar 2 Gigabyte,muatan dalaman 16 Gigabyte (MikroSD sehingga 128 Gigabyte) dan bateri sebesar 3000 mAh.

Alcatel-Flash-2-1

Kemampuan optik pula ialah kamera utama 13 Megapixel f/2.0 dan kamera hadapan sebesar 5 Megapixel f/2/2. Ia menyokong dua SIM Mikro. Sebagai peranti yang mengutamakan kemampuan mengambil gambar, Flash 2 dilengkapi dengan butang khas pengatup kamera pada bahagian sisi. Alcatel Flash 2 akan mula dijual di Malaysia bermula 15 Oktober hadapan melalui laman Lazada. Dua pilihan warna diberikan iaitu Volcanic Grey dan Mica White. Buat masa ini harga rasmi masih belum diumumkan.

 

Alcatel-Flash-2-3

Alcatel-Flash-2-12



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Alcatel Flash 2 Dilancarkan Secara Rasmi – Mula Dijual Di Malaysia 15 Oktober"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info