Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Telefon Pintar Akan Datang Daripada Microsoft – Lumia 950 XL Diperlihatkan Dalam Gambar Tertiris

Beberapa laporan sebelum ini telah hadir mengatakan Microsoft akan memperkenalkan dua telefon pintar flagship baru tidak lama lagi, menggunakan Windows 10 dan membawakan pelbagai spesifikasi yang terkini. Kini, gambar peranti fizikal berkenaan tertiris, memperlihatkan secara kasar bagaimana produk akhir berkenaan akan kelihatan.

Lumia 950 XL

Gambar yang tertiris ini dikatakan adalah Lumia 950 XL, dimana akan dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.7-inci, dan Microsoft mungkin akan menyertakan sokongan Surface Pen pada peranti ini. Disamping versi XL, versi Lumia 950 turut dijangka diperkenalkan dengan skrin bersai 5.2-inci.

Kedua-dua peranti ini dijangka akan menggunakan kamera belakang 20-megapixel PureView, dan menariknya dilengkapi dengan port pengecasan USB Type-C yang telah mula digunakan oleh beberapa pengeluar peranti baru.

Lumia 950 XL

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Microsoft akan mengumumkannya secara rasmi. Beberapa desas-desus mengatakan ia berkemungkinan hadir sekitar bulan September atau Oktober ini – bersama-sama penawaran rasmi Windows 10 untuk telefon pintar.

Lumia 950 XL



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Telefon Pintar Akan Datang Daripada Microsoft – Lumia 950 XL Diperlihatkan Dalam Gambar Tertiris"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info