Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Dalam Persiapan Untuk Memperkenalkan Perkhidmatan Penstriman Muzik Di Malaysia

Samsung mempunyai penawaran perkhidmatan penstriman muzik mereka tersendiri dinamakan sebagai Milk Music. Sebelum ini, Samsung pernah berkongsi dengan Amanz mengatakan perkhidmatan tersebut akan diperluaskan ke pasaran tempatan pada tahun ini, dan nampaknya ia mungkin diperkenalkan tidak lama lagi.

Perkara ini diperlihatkan melalui flyer promosi produk bulanan daripada SenHeng, dimana mereka menyenaraikan dua tablet baru daripada Samsung, iaitu Galaxy Tab S2 bersaiz 8-inci dan juga 9.7-inci.

Samsung Galaxy Tab S2

Galaxy Tab S2 merupakan tablet berspesifikasi tinggi yang memfokuskan kepada menikmati kandungan menggunakannya. Galaxy Tab S2 hadir menggunakan cip pemprosesan lapan teras (gabungan 1.9GHz empat-teras dan juga 1.3Ghz empat-teras), dilengkapi sokongan rangkaian LTE, selain turut dijana menggunakan memori 3GB RAM, serta Android 5.0 Lollipop. Ia turut menggunakan kamera belakang 8-megapixel untuk tujuan rakaman.

SenHeng menyenaraikan Galaxy Tab S2 8-inci pada harga RM1699, sementara Galaxy Tab S2 9.7-inci pada harga RM1999.

Menariknya mengenai penyenaraian ini adalah penawaran kandungan percuma yang disertakan. Samsung menyertakan langganan percuma selama 12 bulan untuk iFlix melalui pembelian tablet ini, dan menariknya ia turut menyertakan langganan kepada perkhidmatan penstriman Milk Music dengan pembeliannya.

Samsung bakal berkongsi lanjut mengenai tablet ini pada hari Khamis ini di Malaysia, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai penawaran Milk Music pada tarikh yang sama.

Samsung Milk Music

Samsung Milk Music



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Dalam Persiapan Untuk Memperkenalkan Perkhidmatan Penstriman Muzik Di Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info