Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Menggunakan Oppo Find 7? ColorOS Versi Android Lollipop Sedia Dimuat-Turun Anda

Pihak Oppo telah menawarkan versi pembangunan Color OS dalam bentuk beta sejak beberapa bulan lepas untuk versi Android 5.0 Lollipop, dan hari ini, secara rasminya mereka mengumumkan penawaran Color OS 2.1.3i versi stabil untuk semua pengguna Oppo Find 7 dan juga oppo Find 7A.

Melalui perkongsian di forum, pihak Oppo mengatakan penawaran OTA untuk kemaskini ini akan hadir bermula hari Isnin kelak, dan bagi anda yang ingin memasangnya terlebih dahulu, boleh memuat-turun dan memasangnya pada peranti mereka secara manual.

Kemaskini Color OS 2.1.3i ini membawakan beberapa perkara baru, termasuk beroperasi dengan lebih pantas dan menggunakan tenaga bateri yang kurang – sekaligus menawarkan masa penggunaan yang lama. Oppo turut menyertakan tetapan untuk Power Saving bagi membolehkan peranti digunakan untuk masa yang lebih lama. Beberapa fungsi baru yang hadir semula ke Color OS adalah termasuk Eye Protection Mode, dan juga Air Gesture.

Hendaklah diambil perhatian yang mana jika anda membuat pemasangan secara manual, maka ia akan memadam data sedia ada anda. Mungkin anda boleh nantikan kemaskini OTA hadir bermula minggu hadapan untuk membuat penaik-tarafan ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Menggunakan Oppo Find 7? ColorOS Versi Android Lollipop Sedia Dimuat-Turun Anda"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info