Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lexus Memperkenalkan Hoverboard Mereka Secara Rasmi – Papan Selaju Yang Terapung Di Udara

Lexus telah hadir dengan teaser untuk hoverboard mereka sebelum ini – iaitu sebuah papan luncur yang terapung di udara dan tidak memerlukan roda untuk berfungsi. Hari ini, pengeluar kenderaan terkemuka berkenaan turut berkongsi lanjut mengenai projek hoverboard mereka.

Lexus SLIDE

Untuk pengetahuan, hoverboard ini telah dipopularkan melalui filem Back to the Future, dimana watak utama dalam filem berkenaan menggunakannya ketika menjelajah ke tahun 2015. Bersempena dengan filem berkenaan, ramai yang ingin melihat papan luncur yang terapung berkenaan direalisasikan.

Untuk merealisasikan hoverboard ini, Lexus menggunakan sokongan superkonduktor dan juga magnet untuk menjadikannya terapung. Ini membuatkan ia hanya boleh digunakan di atas beberapa permukaan sahaja dan bukannya meluas di seluruh tempat. Pada masa yang sama, ia turut menggunakan liquid-nitrogen untuk menyejukkan superkonduktor.

Dengan konsep yang sama, dimana perlu menggunakan lokasi dengan rekaan khusus, kita telah melihat beberapa demonstrasi projek diperlihatkan sebelum ini. Apa pun, ia agak menarik untuk melihat hoverboard daripada Lexus ini digunakan untuk beberapa aksi menarik, termasuk menggunakannya di atas air – ala-ala dalam filem Back to the Future.

Pihak Lexus tidak akan memasarkan produk ini, dan ia hanyalah sekadar bahan promosi untuk kereta mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lexus Memperkenalkan Hoverboard Mereka Secara Rasmi – Papan Selaju Yang Terapung Di Udara"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info