Pada awal tahun ini, BlackBerry sendiri telah memperlihatkan telefon pintar BlackBerry Venice mengatakan ia akan dilancarkan kelak pada tahun ini. Lanjutan daripadanya, pelbagai desas-desus berkaitan telefon berkenaan hadir dan turut mengatakan ia akan menjalankan sistem operasi Android, dan bukannya Android.
Kini, beberapa gambar baru turut tertiris ke arena web, memperlihatkan BlackBerry Venice dalam keadaan ketika papan kekunci diperlihatkan, dan juga disembunyikan. Venice ini akan membawakan sokongan skrin sentuh, dan bagi mereka yang inginkan telefon dengan papan kekunci fizikal, boleh menariknya daripada belakang dan menaip menggunakannya. Secara kasar, ia dilihat seperti menggunakan Android 5.0 Lollipop, selain turut dilengkapi aplikasi BlackBerry Hub.
BlackBerry masih tidak menetapkan sebarang tarikh untuk pengumuman rasmi telefon pintar ini buat masa ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Gambar BlackBerry Venice – Telefon Android Dengan Papan Kekunci Boleh-Luncur Tertiris Ke Arena Web"