Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Epson Melancarkan Mesin Pencetak EcoTank – Bekalan Dakwat Bertahan Sehingga Dua Tahun

Semasa di kolej dahulu dakwat pada mesin pencetak pastinya akan habis ketika waktu kritikal tugasan perlu dihantar. Pada waktu yang sama mengikut Undang-Undang Murphy, pelajar lain turut akan kehabisan dakwat. Ini mengakibatkan kesemua kedai yang menjual dakwat kehabisan stok. Anda tiada pilihan lain kecuali memandu ke kedai yang lebih jauh untuk bekalan dakwat. Sekiranya gagal tugasan akan tidak diterima pensyarah dan anda perlu mengulang subjek yang diambil.

Epson Ecotank

Secara purata bekalan dakwat pencetak hanya mampu bertahan selama beberapa bulan. Epson mahu menyelesaikan masalah ini dengan mesin pencetak yang mempunyai bekalan dakwat yang bertahan selama dua tahun. Lima mesin pencetak dengan teknologi EcoTank yang dilancarkan mempunyai tangki simpanan dakwat 20 kali ganda lebih besar daripada biasa. Mesin-mesin pencetak ini boleh digunakan oleh pengguna biasa, pemilik perniagaan kecil dan juga pejabat besar.

Model paling asas mampu mencetak 4000 helai dokumen hitam putih dan 6500 helai dokumen berwarna. Untuk model lebih besar ia mampu mencetak sehingga 20000 helai dokumen hitam putih.Menurut Epson walaupun EcoTank jauh lebih besar, harga jualan dakwat pengganti adalah murah dengan harga sekitar $12.99 (RM50). Idea tangki simpanan dakwat yang besar ini sebenarnya sudah lama kami mahukan. Akhirnya ada juga pengeluar mesin pencetak yang menjadikannya realiti.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Epson Melancarkan Mesin Pencetak EcoTank – Bekalan Dakwat Bertahan Sehingga Dua Tahun"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info