Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Anti Gravity Case – Cangkerang Peranti Yang Boleh Dilekapkan Pada Mana-Mana Permukaan

Di Amanz kami selalu memaparkan cangkerang peranti yang unik. Cangkerang Tesla contohnya mampu mengecas peranti dengan menyerap gelombang radio terbuang dan menukarnya kepada arus elektrik. Terdapat juga cangkerang dengan kayu selfie terbina Popsicase. Hari ini mari lihat sebuah lagi cangkerang peranti pintar yang kami rasakan menarik untuk dimiliki.

Anti-gravity-Case-1

Anti Gravity Case ialah cangkerang yang membolehkan peranti anda dilekapkan pada mana-mana permukaan rata. Ketika tidur ia boleh diletakkan pada kepada katil. Jika ingin mengambil gambar secara berkumpulan lekatkan sahaja peranti pada dinding dan tetapkan sistem pemasa aplikasi kamera. Ketika memasak di dapur lekapkan pada dinding untuk melihat resipi pada peranti dengan mudah. Bahagian belakang Anti Gravity Case mempunyai ribuan penyedut nano yang membolehkan ia melekap pada permukaan rata. Ia berfungsi seperti penyedut pada rungut sotong kurita.

Cangkerang ini direka untuk iPhone 6, 6 Plus, 5, 5S, Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge sahaja setakat ini. Bahagian penyebut nano tidak memerlukan gam untuk terus berfungsi dan boleh dibasuh untuk menguatkan kembali kuasa melepak. Ia dijual pada harga bermula dari $29.99 sebuah.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Anti Gravity Case – Cangkerang Peranti Yang Boleh Dilekapkan Pada Mana-Mana Permukaan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info