Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Znaps – Pengecas Bermagnet Seperti MagSafe Untuk Peranti Pintar

Saya tidak memiliki sebuah MacBook bukan kerana saya membenci produk Apple tetapi kerana saya tidak mampu memilikinya. Antara ciri terbaik sebuah MacBook yang saya mahukan menjadi standard adalah pengecas bermagnet MagSafe yang dengan mudah tertanggal sebelum menyebabkan komputer riba terjatuh apabila tersadung. Ianya rekaan yang bijak dan akan mengurangkan kemalangan yang boleh mengakibatkan kos yang tinggi. Jadi apabila MacBook 2015 diperkenalkan dengan pengecas USB-C ramai peminat Apple mengudarakan ketidakpuasan hati mereka atas kehilangan fungsi ini.

Znaps-1

Apple masih belum menghasilkan MagSafe versi USB-C tetapi versi seakan-akannya untuk peranti pintar wujud dan dinamakan Znaps. Sama seperti MagSace, Znaps akan tertanggal secara automatik apabila ditarik terlalu kuat. Terdapat dua versi dihasilkan iaitu versi MikroUSB dan juga Lightning. Malang sekali versi USB-C masih belum dihasilkan. Apa yang anda perlu lakukan ialah menyarungkan Znaps pada kepala pengecas peranti anda yang sedia ada dan pasangkan sebuah lagi pada port pengecas peranti pintar anda. Ini sekaligus membolehkan wayar pengecas MikroUSB disambung tanpa orientasi khas (atas ataupun bawah) seperti sebuah kabel Lightning ataupun USB-C. Harga satu set Znaps ialah $9 (RM 34).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Znaps – Pengecas Bermagnet Seperti MagSafe Untuk Peranti Pintar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info