Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Video saat-saat genting ibu lahirkan bayi dalam kereta




VIDEO ini memaparkan saat-saat genting seorang wanita yang bersalin di dalam keretanya ketika dalam perjalanan ke pusat bersalin di Houstan, Texas.


Detik mendebarkan itu telah dirakam oleh suaminya sendiri yang sedang memandu kenderaan tersebut sementara wanita itu duduk di sebelahnya.
Video yang baru dimuat naik beberapa hari lalu itu mendapat perhatian orang ramai dan sudah ditonton lebih 4 juta kali di Youtube.
Menerusi video itu, selepas menjerit beberapa kali, wanita itu mula menyedari bahawa dia terpaksa melahirkan serta menyambut anaknya itu sendiri.
Bayi lelaki seberat lebih 4 kg itu merupakan anak ketiga pasangan tersebut, mereka sudah mempunyai dua anak perempuan.
Sudah pasti ini adalah pengalaman luar biasa yang tidak akan dilupakan mereka. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mabuketum


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Video saat-saat genting ibu lahirkan bayi dalam kereta"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info