Sembang Maniac

Sembang-sembang je

VIDEO: Ketua Polis Negara Cerita Punca Sebenar Kejadian, Buru Beberapa Blogger Termasuk Papagomo Sebar Cerita Palsu

Kredit foto, The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR: Pihak Polis Di Raja Malaysia kini dikatakan giat memburu seorang blogger, Papagomo selepas didakwa menjadi punca penyebaran berita palsu sehingga mencetuskan perbalahan di Plaza Low Yat di sini.

Memetik laporan The Malaysian Insider, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata turut disiasat ialah seorang anggota polis yang dikatakan melepaskan rakan yang mengiringi suspek mencuri telefon berkenaan di mana telah menyebarkan cerita palsu mengenai kejadian itu.


"Tindakan anggota polis ini (melepaskan rakan suspek) tanpa merujuk pegawai kanan dia. Itu kita akan uruskan dia secara berasingan.

"Yang dibebaskan ini, balik buat cerita kata dia ditipu, ini diada-adakan, dan sebagainya. Dan ia digembar-gemburkan dalam media sosial.

"Dan antara yang membuat cerita yang tidak betul ini ialah Papagomo, dan beberapa orang lagi. Dan saya arahkan mereka semua ini ditangkap," katanya pada sidang media di Plaza Low Yat sewaktu melawat bangunan itu petang ini. - Siakapkeli.my




Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "VIDEO: Ketua Polis Negara Cerita Punca Sebenar Kejadian, Buru Beberapa Blogger Termasuk Papagomo Sebar Cerita Palsu"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info