Adakah tweet viral anda sering dicuri? Geram dengan tindakan pencuri tweet yang kemudian mendapat lebih banyak retweet dari tuitan asli anda? Ini adalah masalah yang sudah wujud sejak hari pertama akaun dicipta. Akaun milik pengguna lebih terkenal akan mencuri tweet dan anda tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka mempunyai lebih banyak pengikut. Apabila ditegur akaun anda akan dihalang mereka dan mereka terus mencuri tweet tanpa sebarang kesan buruk.
Twitter akhirnya mengambil langkah menyorokkan tweet yang dicuri sekiranya anda melaporkannya kepada mereka. Olga Lexell, seorang pengguna Twitter melaporkan tweet jenaka nukilan beliau dicuri. Beliau kemudian melaporkan kes “kecurian” tweet beliau kepada Twitter untuk diambil tindakan. Selepas beberapa hari tweet jenaka yang dicuri ini tidak lagi dipaparkan dengan notis penarikan akibat laporan oleh pemilik hak cipta. Kes hak cipta tweet Olga Lexell ini adalah yang pertama sekali di dalam sejarah twitter. Ianya juga unik kerana bagi melayakkan tweet anda menjadi hak cipta peribadi, anda perlu mempunyai kerjaya dalam bidang penulisan. Olga Lexell bekerja sebagai penulis sambilan dan beliau menggunakan alasan tweet beliau adalah hasil kerja beliau.Oleh itu ianya tidak boleh diciplak dengan sesuka hati oleh pengguna lain.
Sebagai mangsa tweet yang sering dicuri saya faham perasaan Olga Lexell. Tetapi tidak seperti beliau saya tidak melaporkan tweet yang diciplak kepada pihak twitter. Ini adalah kerana ianya membuang masa, tidak mendatangkan sebarang kebaikan dan pada pendapat saya tweet hanyalah buasir mulut yang tidak harus dipandang serius.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Tweet Anda Sering Dicuri? – Kini Anda Boleh Melaporkannya Untuk Dipadam"