Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Topi Keledar Megaman Kini Boleh Anda Miliki

Permainan video Megaman ialah antara permainan yang paling kami minati semasa era konsol 8-bit. Ianya sangat mencabar dan memerlukan anda menggunakan otak untuk mengalahkan setiap ketua musuh. Permainan ini dicipta oleh Keiji Inafune pada tahun 1987 dan setakat ini sudah mempunyai 50 versi berlainan di pelbagai platform.

Megaman-2

Capcom semalam mengumumkan replika topi keledar yang dipakai oleh Megaman boleh anda miliki. Topi keledar setinggi 8″ ini diperbuat daripada plastik ABS dan mempunyai dua lampu menyala pada bahagian telinga. Ianya hanya akan dihasilkan dalam jumlah yang terhad. Dua versi dihasilkan iaitu merah dan biru. Ianya boleh dipesan pada harga $130 sebuah di Capcom Store. Tahun lalu Capcom menghasilkan Blaster Megaman berskala sebenar. Apa yang diperlukan sekarang ialah replika anjing robot Rush Megaman bagi melengkap koleksi anda.

Megaman-1



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Topi Keledar Megaman Kini Boleh Anda Miliki"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info