Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Malaysia Menyenaraikan Galaxy V Plus – Telefon Pintar Pada Harga Mampu Milik

Samsung mempunyai penawaran peranti daripada berspesifikasi tinggi sehingga rendah. Terkini, mereka menambah penawaran peranti pada spesifikasi rendah dengan menyenaraikan Galaxy V Plus pada laman rasmi Samsung, malah beberapa penjual tempatan telah mula menjualnya.

Galaxy V Plus menggunakan skrin bersaiz 4-inci, dilengkapi cip pemprosesan dwi-teras 1.2Ghz, memori 512MB RAM dan bateri berkapasiti 1500mAh. Ia hadir dengan sokongan rangkaian 3G sahaja, tetapi menawarkan sokongan dwi-SIM.

Galaxy V Plus

Galaxy V Plus

Menggunakan spesifikasi ini, pengguna boleh membuat pelbagai tugasan asas pada telefon pintar dengan mudah – termasuk seperti menggunakan WhatsApp, Facebook Lite, dan juga Twitter. Pelayaran web secara kasual juga mungkin tidak mempunyai sebarang masalah pada peranti ini.

Telefon pintar menggunakan Android 4.4 KitKat serta antaramuka TouchWiz ini turut menyertakan kamera belakang 3-megapixel, serta kamera hadapan VGA.

Samsung Malaysia masih tidak mengumumkan peranti ini secara rasminya (beberapa peranti berspesifikasi rendah mereka jarang umumkan secara meluas), tetapi sejumlah penjual telah mula menawarkannya di Malaysia pada harga sekitar RM299.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Samsung Malaysia Menyenaraikan Galaxy V Plus – Telefon Pintar Pada Harga Mampu Milik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info