Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Galaxy Tab S Generasi Baru Dijangka Diperkenalkan Pada Minggu Ini

Samsung pada tahun lepas telah memperkenalkan salah satu keluarga tablet membawakan ciri-ciri premium, dinamakan sebagai Galaxy Tab S. Ketika itu, mereka memfokuskan kepada kandungan, serta penawaran paparan skrin yang jelas, selain rekaan yang mudah digunakan untuk tujuan bacaan.

Kini, selang setahun, Samsung dijangka memperkenalkan kemaskini untuk keluarga tablet berkenaan, iaitu Galaxy Tab S2. Mengikut desas-desus awal, Samsung dikatakan akan memperkenalkan ia seawal 20 Julai ini.

Galaxy Tab S

Galaxy Tab S

Mengikut beberapa info yang tertiris, tablet baru ini akan membawakan rekaan yang nipis dan ringan, dan pada masa yang sama dilengkapi cip pemprosesan Exynos 7420 serta memori 3GB RAM untuk menawarkan kuasa pemprosesan yang tinggi serta lancar kepada pengguna. Dua variasi tablet dijangka diperkenalkan, iaitu bersaiz 8-inci dan juga 9.7-inci – masing-masing membawakan resolusi pada kadar 2560×1600 pixel.

Dua tablet tersebut dilihat telah pun melepasi pengesahan Sirim di Malaysia, dan mungkin kita akan dapat melihat ia hadir ke pasaran Malaysia selepas ia dilancarkan secara rasmi pada peringkat global kelak.

Galaxy Tab S

Galaxy Tab S



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Galaxy Tab S Generasi Baru Dijangka Diperkenalkan Pada Minggu Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info