Quip merupakan salah satu perisian yang menawarkan kebolehan untuk pengguna membuat dokumen, menyunting dan berkolaborasi dengan pengguna lain. Ketika ia dilancarkan sebelum ini, Quip memfokuskan kepada peranti mudah-alih sahaja, tetapi kini ia berubah dengan pengenalan perisian Quip untuk pengguna desktop.
Quip sebelum ini memfokuskan kepada penyuntingan dokumen dan memudahkan proses membuat dokumen terus pada peranti mudah-alih. Tetapi, pada masa yang sama mereka turut menyediakan versi web untuk diakses pada komputer.
Menurut Quip, hari ke hari, mereka melihat peningkatan penggunaan Quip pada web, dan ia merupakan salah satu langkah seterusnya oleh syarikat berkenaan untuk memperkenalkan perisian desktop.
Menggunakan perisian Quip pada Windows atau Mac, pengguna boleh log masuk dan mengakses semua dokumen sedia ada mereka di Quip – sama ada offline atau online. Seperti biasa, ia menggunakan sokongan awan untuk menyelarikan dokumen pada semua peranti anda.
Bagi anda yang inginkan sebuah perisian alternatif untuk penyuntingan dokumen, anda boleh memuat-turun Quip hari ini dan menggunakannya dalam menyunting atau membuat dokumen anda.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Quip – Perisian Dokumen Untuk Peranti Mudah-Alih Kini Turut Diperkenalkan Untuk Windows Dan Mac"