Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MWC Shanghai 2015: Pandang Pertama- ZTE Blade D6

ZTE pada tahun ini telah melancarkan pelbagai peranti dan terbaru di Mobile World Congress Shanghai mereka turut mempamerkan salah satu peranti baru dibawah keluarga Blade. Jika sebelum ini Blade S6 dan Blade S6 Plus direka seakan-akan iPhone namun mempunyai badan plastik, ZTE Blade D6 membawakan badan besi aluminium dan juga spesifikasi pertengahan.

ZTE Blade D6
Pemproses MediaTek MTK6735 1.3GHz 64-Bit Quad-core
Skrin 5 inci
RAM 2GB
Muatan Dalaman 16GB + MikroSD
Kamera Utama / Hadapan 13 MP / 5MP
Bateri 2200 mAh

Telefon dengan dwi-SIM ini dikuasakan oleh cip pemprosesan MediaTek MTK 6735 1.3GHz 64-Bit empat-teras, RAM sebanyak 2GB DDR3, memori berkapasiti 16GB yang boleh ditambah menerusi kad Mikro-SD, bateri sebesar 2200 mAh dan mempunyai paparan skrin 5-inci dengan resolusi 1280×720 pixel.

Telefon ZTE Blade D6 ini mempunyai kamera utama 13MP dengan lampu dual-LED dan kamera hadapan 5MP dengan sudut lebar 88 darjah. Seperti biasa terdapat fungsi-fungsi yang menarik untuk mereka yang lebih mahukan fungsi kamera pada telefon pintar seperti fungsi Beautification dan juga Smile Shutter. Telefon dengan rangkaian 4G LTE ini beroperasi menggunakan paparan antaramuka MiFavor 3.2 UI berasaskan Android 5.0 Lollipop.

MWCS15- ZTE Blade D6 -IMG_9052 MWCS15- ZTE Blade D6 -IMG_9063 MWCS15- ZTE Blade D6 -IMG_9054 MWCS15- ZTE Blade D6 -IMG_9045 MWCS15- ZTE Blade D6 -IMG_9065 MWCS15- ZTE Blade D6 -IMG_9068 MWCS15- ZTE Blade D6 -IMG_9047

Dari percubaan ringkas peranti ini, ia agak lancar dan tiada sebarang lengah masa yang timbul. Satu perkara yang sedikit menghairankan adalah pada unit yang diuji ini, ia seolah-olah menampilkan Android 5.0 Lollipop sahaja, dan paparan antaramuka MiFavor mungkin tiada untuk unit ini. Mungkin faktor tersebut juga mempengaruhi kelancaran unit yang dicuba ini.

Sedikit berbeza dengan Blade S6 yang mempunyai fungsi berasaskan ayunan tangan, fungsi sebegitu tidak terdapat pada Blade D6. Fungsi pengecaman sekuriti berasaskan corak iris mata juga tidak terdapat pada telefon ini, memandangkan ianya merupakan telefon kelas pertengahan.

Blade D6-Screen1 Blade D6-Screen2

Apapun buat masa ini tiada sebarang info berkenaan kehadiran peranti ini ke pasaran tempatan namun langkah yang diambil oleh ZTE menghadirkan siri Blade dengan badan aluminium boleh menarik perhatian para pembeli yang inginkan peranti kelas pertengahan dan mempunyai rekaan seakan iPhone.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MWC Shanghai 2015: Pandang Pertama- ZTE Blade D6"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info