Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Mengumumkan Penstrukturan Semula Bahagian Perniagaan Telefon

Microsoft pada tahun lepas telah mengambil-alih bahagian peranti Nokia, dan menjadikan ia sebagai sebahagian daripada syarikat mereka. Hari ini, gergasi perkomputeran dari Amerika Syarikat berkenaan mengumumkan beberapa perkara, termasuk berkongsi mengenai penstrukturan semula bahagian telefon mereka itu.

Menurut Microsoft, mereka sedang beralih daripada perniagaan telefon kepada strategi membangunkan ekosistem Windows dan keluarga peranti mereka. Satya Nadella turut mengatakan mereka akan hadir dengan portfolio telefon yang lebih fokus selepas ini, dan pada masa yang sama memfokuskan kepada inovasi dalam arena peranti mudah-alih.

Microsoft pada tahun ini sahaja telah memperkenalkan beberapa telefon Lumia berasaskan Windows Phone – tetapi kebanyakkannya pada spesifikasi rendah-pertengahan. Mereka juga sebelum ini telah memperlihatkan sokongan Continuum yang membolehkan telefon pintar Windows Phone (berasaskan Windows 10) boleh berubah menjadi desktop penuh apabila dihubungkan ke skrin monitor.

Dengan perubahan dan penstrukturan semula ini, sebanyak lebih 7800 pekerja akan dihentikan di Microsoft – dimana majoritinya daripada bahagian telefon mereka.

Microsoft akhir-akhir ini telah melakukan perubahan pada beberapa bahagian perniagaan mereka, termasuk memindahkan operasi pengimejan pemetaan kepada Uber, selain perubahan pada bahagian pengiklanan dan carian.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Microsoft Mengumumkan Penstrukturan Semula Bahagian Perniagaan Telefon"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info