Beberapa bulan lepas, kita telah mendengar mengenai beberapa desas-desus mengatakan Huawei mungkin bekerjasama dengan Google untuk hadir dengan telefon Google Nexus terbaru. Kini, dengan beberapa bulan sahaja lagi ia dijangka diumumkan, desas-desus berkenaan mula kedengaran kembali.
Menurut desas-desus sebelum ini, Huawei dikatakan mungkin hadir dengan telefon bersaiz 5.7-inci – malah ada yang mengatakan ia mungkin berasaskan kepada Ascend Mate 8 kelak. Huawei seperti biasa tidak mengeluarkan komen mereka berkenaan perkara ini.
Untuk pihak Google, kerjasama dengan pihak Huawei mungkin memberikan mereka peluang untuk Google membawa kedai aplikasi mereka untuk pasaran China dengan bekerjasama dengan Google. Seperti semua sedia maklum, kedai aplikasi Google Play Store tidak ditawarkan di China oleh kerana peraturan kerajaan di sana, dan ini membuatkan terdapat beberapa variasi kedai aplikasi di sana.
Untuk pihak Huawei pula, hasil kerjasama dengan Google akan memberikan mereka kedudukan yang kukuh lagi dalam arena peranti Android, malah memudahkan lagi mereka menembusi pasaran antarabangsa – terutamanya Amerika Syarikat.
Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai peranti Nexus daripada Huawei ini dalam minggu-minggu akan datang, apatah lagi dengan versi akhir Android M yang sedang dalam proses persiapan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Laporan Mengenai Telefon Google Nexus Daripada Huawei Kedengaran Kembali"