Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Konsep) Tulip – Motosikal Dengan Tempat Duduk Bayi Terbina

Tahun ini kemalangan Lebuhraya Duke yang mengorbankan tiga individu termasuk seorang bayi menjadi topik hangat selama seminggu. Kenderaan yang dinaiki mereka bergolek beberapa kali selepas dilanggar MyVi yang dikatakan berlumba mengakibatkan mereka tercampak keluar dari kereta. Kemalangan ini membuatkan isu pemakaian kerusi bayi di dalam kereta turut menjadi hangat. Kami ada menulis tentang sejarah penciptaan kerusi bayi dan menyokong kerajaan mewajibkan pemakaian kerusi bayi bagi memastikan kejadian tragis ini tidak berulang. Isu pemakaian kerusi bayi tidak diterima kebanyakan pengguna kereta kerana faktor harga, ruang dan ibu bapa yang mengatakan anak mereka tidak menggemarinya. Dalam kehangatan isu kerusi bayi di dalam kereta diperkatakan, isu keselamatan bayi yang menunggang motosikal terlepas dari pandangan orang ramai.

Menunggang motosikal adalah sangat berbahaya sekiranya anda seorang dewasa dan faktor bahaya berganda sekiranya anda membawa bayi. Setiap kali terlihat pasangan membawa bayi menaiki motor di bawah panas terik mentari dan hujan lebat hati kami tersentuh. Kenapa masih tiada alat khas dicipta bagi memastikan bayi boleh dibawa dengan selesa dan selamat di atas motosikal sungguhpun ianya bukan masalah baru? Tiadakah idea bernas yang dicipta penunggang motosikal sendiri untuk masalah turun temurun ini?

Tulip-1

Konsep motosikal roda tiga Tulip ialah penyelesaian pertama yang kami temui. Ianya direka oleh
Ognyan Bozhilov Sebuah kerusi bayi lengkap dengan tali pinggang keselamatan diletakkan pada bahagian hadapan tempat duduk penunggang. Tulip ialah sebuah motosikal modular dan kerusi ini boleh ditanggalkan apabila bayi tidak dibawa bersama. Selain daripada itu keseluruhan tubuh pemandu dilindungi panel beg udara yang kelihatan seperti kelopak bunga Tulip. Ia bukan sahaja memastikan keselamatan penunggang sekiranya mereka terjatuh malah menjadikan Tulip lebih aerodinamik.

Motosikal ini mempunyai tiga roda bagi menjadikannya lebih stabil ketika ditunggang. Bayi boleh diletakkan pada kerusi dengan selamat tanpa risau motor akan terjatuh ke sisi ketika proses memasak tali pinggang. Sebuah konsep motosikal mesra bayi yang menarik untuk pengguna masa hadapan. Masalahnya ialah harga motosikal seperti ini pastinya akan menjadi terlalu mahal. Maka alasan “mahal sangatlah nak gunakan kerusi keselamatan” bukan sahaja akan digunakan oleh pemandu kereta malah akan digunakan penunggang motosikal pula di masa hadapan.

tulip-2 Tulip-3



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "(Konsep) Tulip – Motosikal Dengan Tempat Duduk Bayi Terbina"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info