Sembang Maniac

Sembang-sembang je

KISAH HIDUP SUSPEK YANG DITUDUH MENCURI DI PLAZA LOW YAT

1.jpg
Kisah yang bakal admin kongsikan ini diceritakan sendiri oleh peguambela Shahrul Anuar menerusi akaun Facebook peribadinya.
Saya mengunjungi rumah keluarga salah seorang suspek kes Low Yatt yg bakal di tuduh mencuri pada hari ini jam 1.30 pagi tadi bersama beberapa orang sahabat.
Kedua ibu bapa beliau OKU iaitu bisu. Melalui perantara si abang dan si kakak, saya harap mesej saya kepada bapa tertuduh jelas di fahami oleh beliau.
Pakcik jangan bimbang, sebagai Peguam saya dan ahli-ahli pasukan Peguam sukarela akan memberikan pembelaan terbaik kepada anak pakcik dan kami akan cuba mendapatkan ikat jamin anak pakcik agar dia boleh berhari raya bersama keluarga.
Dia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan mencuri sebuah telefon bimbit di Plaza Low Yat di sini hujung minggu yang lalu.
Shahrul Anuar Abdul Aziz dituduh mencuri telefon bimbit berharga RM800 di Techasia Boutique, Plaza Low Yat, Bukit Bintang pada 4.47 petang, 11 Julai lalu.
Majistret Nur Aminahtul Mardiah Noor Nordin membenarkan tertuduh diikat jamin RM3000 dan menetapkan 14 Ogos untuk sebutan semula. Terdahulu, Shahrul Anuar mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dua kali….
Nur Aminahtul Mardiah kemudian menanya peguam Shahrudin Ali yang mewakili tertuduh, sama ada beliau telah menasihatkan anak guamnya berhubung pertuduhan itu.
Shahrudin berkata: “Pengakuan bersalah tertuduh mengejutkan saya kerana saya telah nasihatkannya supaya tidak mengaku bersalah,” katanya.
Shahrul Anuar kemudian menukar pengakuan kepada tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca kali ketiga….
Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim mencadangkan jaminan ditetapkan pada RM5,000 dengan seorang penjamin “Anak guam saya merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Dia menjaga kedua ibu bapanya yang merupakan orang kurang upaya (bisu). Dia juga merupakan pesalah muda,” katanya.
Sumber: rajaviral



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "KISAH HIDUP SUSPEK YANG DITUDUH MENCURI DI PLAZA LOW YAT"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info