Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kemas Kini Windows Anda Sekarang Bagi Mengatasi Kerentanan Yang Dieksploitasi Hacking Team

Dua minggu lalu kami paparkan berita bahawa kerajaan Malaysia menggunakan perisian perisikan untuk merisik aktiviti anda sekiranya diperlukan untuk tujuan siasatan jenayah. SKMM, Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Perisikan Malaysia adalah tiga pihak yang didedahkan oleh penggodam menggunakan perisian risikan yang dihasilkan Hacking Team. Terdapat  beberapa pihak yang mengecam penggunaan perisian ini oleh pihak kerajaan kerana dikatakan melanggar hak asasi rakyat Malaysia. Ia mampu merakam perbualan Skype, mengawal kamera web komputer dan merakam apa yang ditaip oleh komputer yang dijangkiti perisian ini.

Hacking-Team-2

Menyedari hakikat ini kemas kini keselamatan dihasilkan oleh Microsoft bagi menutup kerentanan yang dieksploitasi perisian perisikan Hacking Team. Kemas kini MS15-078 hanya sebesar 515 Kilobyte dan adalah kemas kini kritikal yang harus dimuat turun pengguna Windows Vista, Windows 7, Windows 8, Windows 8.1, Windows Server 2008. Windows Server 2012, Windows RT  dan Windows RT 8.1. Kepada pengguna Windows XP penyelesaian kepada kerentanan ini tidak akan dihasilkan kerana sokongan rasmi kepada XP sudah dihentikan sejak April 2014.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kemas Kini Windows Anda Sekarang Bagi Mengatasi Kerentanan Yang Dieksploitasi Hacking Team"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info