Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Digi Memperkenalkan Prabayar Dengan Akses Internet Asas Percuma

Maxis sebelum ini telah memulakan penawaran internet percuma sepanjang masa bagi pengguna prabayar beberapa tahun lepas, dan pada tahun ini Celcom turut mengikut jejak. Kini, Digi turut tidak ketinggalan dan memperkenalkan penawaran akses internet percuma sepanjang masa mereka untuk pengguna prabayar mereka melalui pelan Digi Smart Prepaid terbaru mereka.

Digi Smart Prepaid

Melalui prabayar baru daripada Digi ini, pengguna boleh menikmati internet asas atau dipasarkan oleh Digi sebagai “Lite Internet” sepanjang masa, dan membuat langganan tambahan sekiranya inginkan akses internet berkelajuan tinggi. Maxis dan Celcom menawarkan ia pada kelajuan 64kbps, dan berkemungkinan Digi melakukan perkara sama.

Selain daripada itu, Digi turut mengatakan mereka menawarkan panggilan percuma dan SMS kepada nombor Digi pilihan yang lain. Digi turut menawarkan langganan harian 20MB serta 300MB untuk YouTube pada harga RM1 sehari, selain beberapa pilihan lain dengan untuk mingguan, dan juga bulanan.

Digi Smart Prepaid

Bagi pengguna Digi sedia ada, anda boleh beralih ke pelan baru ini dengan mendail *128*1*4# dan anda akan dikenakan caj sebanyak RM5. Untuk pengguna baru, anda boleh membeli kad SIM Digi baru ini pada harga RM10. Seperti biasa, untuk menikmati akses internet asas percuma sepanjang masa ini, pengguna perlu memastikan akaun mereka sentiasa aktif dan perlu menambah-nilai untuk memastikan akaun aktif.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Digi Memperkenalkan Prabayar Dengan Akses Internet Asas Percuma"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info