Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Dell Hadir Dengan Tablet Windows Tahan Lasak – Dell Latitude 12 Rugged Tablet

Selain penawaran tablet untuk pengguna umum, beberapa syarikat pengeluar peranti turut memfokuskan kepada penawaran tablet tahan lasak yang ditujukan khas untuk perusahaan dan pengguna industri dalam memudahkan mereka menggunakan peranti elektronik tanpa mengira persekitaran. Terkini, turut menyertainya adalah tablet terbaru daripada Dell, iaitu Dell Latitude 12 Rugged Tablet.

Dell Latitude 12 Rugged Tablet

Dell Latitude 12 Rugged Tablet – seperti pada namanya, ia membawakan skrin hampir 12-inci, iaitu skrin sentuh 11.6-inci yang mana turut menyokong input walaupun ketika menggunakan sarung tangan. Tablet ini dijana menggunakan sistem operasi Windows, dan Dell mengatakan ia mampu tahan hentakkan dari setinggi empat kaki, tahan cuaca yang ekstrim, kalis debu, dan kalis percikkan air.

Tablet berasaskan cip pemprosesan Intel Core M ini hadir dengan memori sehingga 8GB RAM, ruangan storan 512GB SSD, serta mampu bertahan sehingga 12 jam lamanya.

Dell akan memasarkan tablet ini bermula penghujung Julai kelak pada harga mencapai $2000 (~RM7586).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Dell Hadir Dengan Tablet Windows Tahan Lasak – Dell Latitude 12 Rugged Tablet"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info