Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Daftar Pelan Pascabayar Celcom FIRST Basic 38 Sebelum 16 Julai Ini

Pada bulan Mei lalu Celcom telahpun melancarkan pelan pascabayar mereka yang mampu milik dan memberikan pulangan yang berbaloi terutamanya dari aspek kuota data. Pelan FIRST Basic 38 menawarkan kuota 3GB Internet serta 3GB Celcom WiFi dan tempoh promosi yang turut memberikan tambahan 1GB Internet dan 1GB WiFi ini akan tamat pada 16 Julai ini.

Bagi anda yang tidak mengetahui mengenai pelan pascabayar terbaru dari Celcom ini, ianya merupakan pelan pascabayar dengan bayaran langganan bulanan pada harga RM 38 sebulan. Sekiranya pengguna mendaftar sebelum 16 Julai, pelanggan bakal menerima kuota data sebanyak 4GB serta 4GB Celcom WiFi pada harga langganan RM 38 sebulan.

112-299-entrybanner

Melalui pelan ini, pengguna bukan sahaja menerima kuota 4GB Internet serta 4GB Celcom WiFi, malah baki data yang tidak digunakan boleh dibawa ke hadapan. Seperti contoh jika pelanggan mendaftar pada awal bulan ini dan terdapat baki 2GB yang masih tidak digunakan, kuota tersebut akan dibawa ke bulan hadapan, menjadikan kuota data tersedia sebanyak 6GB.

Selain dari itu, pelan ini juga turut menawarkan perkhidmatan Celcom WiFi Hotspot yang meluas sekaligus menjimatkan penggunaan data pengguna pada lokasi tertentu. Pelan ini juga turut disertakan bersama kuota panggilan percuma sebanyak 50 minit untuk semua rangkaian dan kuota SMS percuma sebanyak 50 SMS ke semua rangkaian. Selepas keseluruhan kuota tersebut digunakan, setiap panggilan, panggilan video, SMS dan MMS ke semua rangkaian akan dicaj 15 sen setiap satu.

Perlu diingatkan, tempoh promosi dengan tambahan 1GB Internet dan 1GB WiFi ini akan tamat pada 16 Julai ini. Anda disarankan untuk mendaftar secepat mungkin di cawangan Celcom Blue Cube berhampiran bagi menikmati pelan FIRST Basic 38 dengan kuota data sebanyak 4GB serta 4GB Celcom WiFi pada harga langganan RM 38 sebulan. Pada harga sebegini dengan kuota data yang diberikan, penawaran Celcom FIRST Basic 38 ini sememangnya satu penawaran yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.

Penafian: Advertorial dari Celcom



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Daftar Pelan Pascabayar Celcom FIRST Basic 38 Sebelum 16 Julai Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info