Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Acer : Semua Produk Windows Keluaran 2015 Boleh Dinaik-Taraf Ke Windows 10

Kebanyakkan besar komputer yang menjalanan Windows 7 dan juga Windows 8.1 boleh dinaik-taraf kepada sistem operasi Windows 10 yang bakal hadir pada penghujung bulan ini. Kini, menekankan lagi perkara tersebut, Acer mengatakan semua produk keluaran mereka untuk tahun 2015 ini boleh dinaik-taraf ke Windows 10 tanpa sebarang masalah.

Acer Switch 10E

Windows 10 bakal ditawarkan bermula 29 Julai 2015 ini secara percuma kepada pengguna Windows 7 dan juga Windows 8.1, dimana ia akan membawakan sejumlah fungsi-fungsi baru seperti Start Menu, pelayar web Edge, Cortana dan sebagainya.

Disamping itu, Acer turut mengatakan beberapa komputer riba untuk pengguna dan perusahaan kini turut dilengkapi dengan pensijilan Skype For Business, sealigus menawarkan kualiti audio dan video ketika komunikasi yang baik melaluinya.

Pengumuman Acer ini mungkin dijangkakan ramai, tetapi dengan ini mungkin lebih ramai yang yakin mendapatkan produk Acer dalam masa terdekat ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Acer : Semua Produk Windows Keluaran 2015 Boleh Dinaik-Taraf Ke Windows 10"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info